Anda sememangnya layak ;

Orang yang membaca ini sangat HEBATT HAHA

Monday, December 28, 2009

Gabungan 3 Picca Contest !!

Assalamualaikum:)


Saya join contest lagi ! Ni contest kedua join . Contest pertama buat ialah contest aisumi . But kalah . takde rezeki .. Huuhuu . Kali ni kalah menang tak kisah . Yang penting dah berusaha (eceh) Kali ni saya join contest kat blog aple ! Contest ni bertemakan (eceh) tengok tajuk di atas .

Nama dia gabungan 3 Picca contest . Oleh itu , kita perlu menggabungkan tiga gambar . Lepastu gambarnya mesti ada unsur-unsur gabungan . Lepastu kita kena buat jalan cerita pasal gambar ni . Jengjengjeng . But sebelum itu , anda kena menjadi follower apledegadiz secara sah ! Jangan sukati je nak masuk , kalo tak , anda tidak dilayan sama sekali muahahaha (gelak jahat) .

Karangan yang dibuat nanti akan dijudge pada gambar n jalan cerita .

Akceli aku ni memang tak reti buat karangan . Sekali kena buat karangan .. Bantaiiii hahhaha . Lagipun tengah bohsan mengadap komputer ni . Sebelum itu , mari revise syarat nya secara rasmi :

1. Jadi followers Apledegadiz . (done)
2. Ceritakan tentang contest ini di blog anda. (done)
3. Copy dan paste kan sekali gambar di bawah ini :


(done)

4. Diingatkan sekali lagi wahai peserta-peserta Gabungan 3 gambar bersama dengan jalan pernceritaan ya. (done)
5. Karangan anda akan di judge kan pada gambar dan jalan penceritaan . lawak, sedih , menakotkan semua dibenarkan. (done)

Okay , aple dulu pernah kata boleh hantar banyak penyertaan . Tapi aple akan pilih yang paling baik dan akan dipertandingkan . So saya hantar tiga penyertaan . But saya ni hancoss bab karangan lah .

Saya berasa ingin tergolek lepas baca karangan saya . Segaaaan kutt ! Becoz saya bukan jenis orang yang romantik ... Saya rock beibeh (dengan muka poyo) Gambar dia jadik kecik la pulak . Aple kena besarkan lah . SOwi .

Penyertaan yang pertama
Rakan istimewa


Dalam kehidupan , kita menjumpai rakan istimewa . Sesorang yang mengubah hidup kita dan menjadi sebahagian dari hidup kita. Seseorang yang membuatkan kita berasa tenang dan gembira . Seseorang yang membuatkan kita percaya adanya kegembiraan di dunia . Seseorang yang menasihati kita bahawa adanya sebuat pintu memori yang hanya tunggu kita membukanya . Kukuhnya sebuah persahabatan . Hadiah yang bermakna dalam kehidupan ialah rakan , dan saya telah menerimanya .Terima kasih kerana sudi menjadi rakan yang hebat !

JUMP BABE JUMP !!

“Our memories are the only paradise from which we can never be expelled.”
ILYSM
my magnet gang,
xaxau,don,anis,hamimah,suaily,deya,alia

Penyertaan kedua
Hobi dan Kehidupan


Setiap orang mempunyai hobi . Dan begitu juga saya . Kini saya sedang mencari hobi yang lebih produktif dari hobi saya pada masa ini iatu bermain internet. Hobi amat berkait rapat dengan kehidupan . Tanpa disedari hobi menjadi sebahagaian dari hidup kita . Hobi terbaru saya , fotografi . Iaitu menangkap gambar. Fotografi ialah seni yang sukar dibentangkan . Keindahan dunia dijadikan subjek di dalam gambar . Photography is an art . Photography is our passion , and we know it's yours . Let's do photography .

Penyertaan ketiga
Manisnya cinta sejati melebihi kemanisan gula-gula


Gula2 itu manis , manis itu cinta , cinta itu sayang , sayang itu kasih , kasih itu cinta.Cinta akan membuatkan seseorang hilang waras dan boleh melakukan apa sahaja . Tetapi cinta sejati itu melebihi segala-galanya . Manisnya cinta sejati melebihi kemanisan gula-gula .Walau macamana pun diri kekasih anda itu tidak penting, kerna rupa takakan buat selamanya cantik atau menawan, tetapi hati yang jujur dan ikhlas dan yang penting menghormati sesame antara satu sama yang lain ,membuat cinta itu kekal abadi dan nampak anda selalu menawan dan cantik..

Inilah cinta sejati :)

Hahahahh dah habis . Rasa nak tergolek je baca karangan yang ketiga tu . Huh !

Sunday, December 27, 2009

Saya kena TAG

Assalamualaikum:)
Warggg da lama tak kena tag ! Yipeeee ! Dah beberapa bulan kot !

Ditag oleh kazen saya
kak yana

1. Adakah anda rasa anda HOT ?
HOTT ? Saya rasa geng magnet lagi HOTT kott ! Hehehe

2. Upload gamba yang anda suka.
3. Cerita tentang gambar.

Ni 1st time saya menggunakan nama Sayangdesign hehehe . Pastu almari vantage kat belakang tu chantek pulak bila diedit . Pastu ada lolipop ! Pastu ade botol cucu ! Ala2 kanak2 raibina gituu ! Pastu ada bingkai gambar gituu ! Pastu saya rasa ni la gambar terbaik tahun 2009 pernah saya edit .

4. Selain nama sendiri, apa panggilan yang orang guna untuk panggil kau.

sayang,adik,mira,sayang amirah (sket jea almaklom la nama ekslusif heheh)

selain itu ada jugak nama kedai yang menggunakan nama saya tanpa kebenaran ! Bole saman ni ! ahahaha

restoran dondang sayang , pasaraya ekonomi sayang , Galeri sayang dan macam2 lagi

5. Tag lagi 6 orang.
dan sesiapa yang nak tag , ambik lah , but let me know keyh ?

6. Siapakah gerangan no. 1 pada anda?
Ini kakak saya , dia suka kacau saya tido malam2 menggunakan henpon dia . Pastu dia suka makan . Pastu dia suka tido . Pastu dia poyo , pastu dia gedik , pastu dia pendek

7. Kata sesuatu mengenai orang no. 5.
leyaa : dia ni kawan saya . dia ni kelas nombo 1 . dia kelas pedana . dia budak pandai . dia pandai BI . diadiadiadia apa ekk haahaha

8. No. 3 ada ape hubungan dengan anda?
dia ni kawan saya . dia suka tangkap gamba . dia ada camera . dia ada kunceng nama herbie . kucing die gemok . bile cakap kucing emok teringat bhoncet plak .. huhuhu .. sedih2 .. tuka topik .dia pandai . lagi2 ... dia pandai BI . lagi2

9. Bagaimana pula dengan no. 4?
dia kawan saya . Dulu dia sama sekolah . Pastu dia pindah sekolah kat Bukit Jelutong . Dia ada henfon . Dia pandai maen GEO CHALLENGE ! wargg bengang2 ahahaha

10. Pesanan kepada orang no. 6.
Abang _ dapat berapa A PMR ? hahahaha

11. Kelebihan pada no. 2.
kelebihannya ialah dia baik .. kite selalu chat sama2 ... pastu suka tolong orang .. pastu dia aktif koko .. wakil sekolah pidato , drama , projek warga .. Walaupun form 2 .. But dia tak dapat anugerah koko ! Tak adil kott !


--DONE--

Sunday, December 20, 2009

Facebook : Restaurant City :D

Assalamualaikum :)


Sekolah dah nak bukak but restaurant city belum sampai level 65 ! Susah ah camni . Mengikut Bajet 2010 , saya sepatutnya menghabiskan level sebelum naik tahun baru . Ini kerana tenangla saya nak menghadapi PMR (dengan muka poyo) .

Main restaurant city ni best becoz kita boleh lawan dengan kawan-kawan kita untuk naik level . Lepastu boleh decorate lawa-lawa . Pastu kita boleh serve makanan yang kita suka . Pastu kita boleh upah rakan-rakan untuk jadi pekerja kita . Kita boleh letak diorang jadi chef , waiter , cleaner .


Jengjengjengg !
Ini lah saya , sayang amirah versi KATON :D


Nama restaurant : Hungry Mari . Bila hungry , mesti MARI ! agagagag :p


Jengjengjeng . Detik baru main RC .

Dua tandas warna merah . Appreciate sikit mahal tuu ! Satu toilet bowl RM1200 . Masa ni saya baru ja ada 5 waiter . Sebenarnya saya ambik pekerja-pekerja ni sebab saya rasa konfem diorang tak marah saya ambik diorang kerja . Sebab 1st tyme main , saya ingat rakan2 akan marah jika diambil kerja hehehe :D

Chef dia sudah semestinya saya an . Baju yang paling lawa tuuu , ada hat , vest , kemeja , tie ngan seluar . Yang lain baju bese2 jer hehehe . 3 Chef , 1 waiter , 1 cleaner . Ada langsir warna-warni . Mahal tuu ! Yang merah RM1500 . Lantai satu petak RM15 . kalau 30 ? Mahalll hahaha :)

Tandas tu tak payah ada pintu atau divider , becoz bukannya diorang tau malu pon . Pastu dah kenceng bukan nak basoh , biar je basah2 . Tapi takpe saya ada cleanerrr , SYAM hahah . AMBEK KAU !

Masa ni memang suka kejar mengejar dengan kawan2 . Tyme ni cik Alia Izati paling hadapan antara kitorang ni . Saya pulak tegedek-gedek nak kejar .



Jengjengjeng . Ni masa dah level 15 16 .

Dah kaya sikit la kiranya . Semua pekerja saya pakaikan baju lawa-lawa heheh :D . Tandas dah ada tiga ! Ada satu tempat main game ! Ada 4 chef ! Iaitu cik Alia izati ! Ada ambik pekerja baru jadik waiter ! Abdul Hanan dengan Syarif Hidayutullah ! Ada jukebox ! Bole dance2 !

Sebenarnya ... jukebox dengan stove boombastik baru tu , encik darren ching yang bagi ! Hahahaha . Tyme ni daren dah level 32 potong cik eyka hamasuba . Kaya sangat . Tiba-tiba dalam inbox dia bagi jukebox ! Pastu dia tanya saya nak pape lagi tak pastu saya kata nak stove boombastik ! Jengjengjeng ... Dia kasilah stove boombastik berharga RM8000. Yipee ! :D

Jengjengjeng ... Ni restaurant saya yang sekarang !

Dah ada garden but garden tu belom decorate lagi . Ada pintu gerbang je . Pekerja pon dah banyak ! Sembilan pekerja . Pekerja baru nama dia anis bakhtiar . Wallpaper dah tukar hitam . Barula seswai dengan baju pekerja hehehe . Dah lock 4 garden . Tapi garden tu tak penah tanam . Hasilnya tak best .

Di sini ada couple set . Boleh ada date hehehe . Ada meja 4 orang utk rakan2 datang ramai . Ada piano boleh maen .


Ini intan syerlina punya restaurant . Musuh ketat ni , asik kejar-mengejar hehehe


Ni cik alia izati punya . Dah kena potong hehehehe :p




And finally saya jumpa food king !!! Yipeee :D Sangat tak sangka dia sedang melambai-lambai ke arah saya ! Sebenarnya saya tengah tangkap gambar rumah alih2 dia tengah lambai-lambai kat saya . Saya pon jerit gourmet kiiiiiiiiiiing sampai kakak saya pon datang tengok . Macam bengong saya tengah tangkap-tangkap gambar rumah si tua kutuk ni melambai-lambai macam orang gila hahahaa ;D

Saya mintak vanilla yang amat diperlukan ... Huhuu best2 tapi dia tak share kat profile la pulak .

p/s : Jom main restaurant city ramai2 ! :D

Saturday, December 19, 2009

Boo ~!

Assalamualaikum:)

Oleh disebabkan sekarang ni cuti sekolah , saya ngak ada kerja mahu buat . So daripada saya membuang masa , baek saya membelajar lagi menggunakan adobe . Tapi sebelum menengok hasil apa yang saya buat , jom usha result akhir tahun .....


Result akhir tahun sudah keluar di laman web sekolahh . Saya mempixelkan untuk tidak dijadikan bahan gelak tawa . Nampak je A tapi markah sikit lagi nak B . Hahahaaha . Tapi alhamdulillah la . Yang bengangnya English dapat B !! Omaigawdddd . Oh noooooooo !

Tapi memang BI memang buat revision last minute . Esok nak pekse malam ni baru baca . Tu la akibatnya . Pj dapat C hahahaha . Bangga kut ! Bcoz pj tak pernah baca ! Hahaha . Masa mid year dapat 40 . Kenaikan yang berganda2 hahaha .

Okay ni la kerja saya time cuti .


Takde gamba baru yang boleh diedit . Sekali jumpa pulak gambar lama ni . Edittt yeahh !


Mari2 beli lencana sayang amirah satu rm10 . Bole tampal kat tudung hahaha . Ini khas untuk kipas susah mati sahaja hahaha :D


Buruk ni bcoz baru 1st tyme buat . Selama ni berbelit jugak la nak guna pen tool ni hehehe .


Yang ni saya belajar buat backgroun garis2 and 3d text .

Semua ni buruk lagi ah . Bcoz ni 1st tyme buat . Kena buat banyak2 kali lepas ni heeee :D

Friday, December 18, 2009

PhObiA

Assalamualaikum :)


Dalam hidup ni , mesti ada benda yang kita rasa takut2 atau fobia . Sebagai contoh , ada orang yang bile masuk bilik sorang2 dia takut . Takyah tipulah , mesti ada benda yang kita fobia . Macam hantu ke apa . Tapi yang paling semua orang takut dah semestinya Allah kankan ?


Hah akcueli aku sebenarnya takut ... takut dengan tab mandi . Hahaha sila jangan gelak . Seb baik rumah aku takde tab mandi . Hahahaha . Kalau kat hotel tak payah cakap la . Dalam tandas ada banyak cermin sampai aku takut dengan bayang aku sendiri .

Pastu tab mandi .. macam kerande hahahahahah ! Da la cerita hantu selalu buat orang kena sedut kat dalam tab mandi . Tu antara faktor aku rasa takut dengan tab mandi . Bila pijak je tab mandi nak bukak shower .. hah mule la meremang bulu rome aku rasa cam nak kelua cepat je dari tandas tu .


Then aku takut dengan tangki air . Sila jangan gelak jugak . Semua benda berkaitan dengan air aku takut ek haha . Tangki air yang besar-besar macam tangki air syabas tuuu hey meremang bulu rome aku kalau tengok lama2 walaupun ada dalam kereta . Selalu kalau kat tepi swimming pool kan ada tangki air kan . Menakutkan kott !


Lagi satu aku geli dengan benda lubang2 macam sarang lebah macamtu !! Yekkkk meremang bulu rome aku rasa macam nak korek2 je sarang lebah tu . Aku tak boleh tengok benda lubang2 bintik2 geli semacam je aku . Rasa macam nak koreeeeeeeeeeeek .

Post yang paling pendek pernah dibuat . Sekian terima kasih :D

Sunday, December 13, 2009

Majlis perkahwinan Arm n Haza :) (belah laki)

Assalamualaikum :)



Wahh finaly update jugak belog . Saya edit dulu semua gambar baru saya post hehehee . Okay , hari sabtu yang lepas telah diadakan majlis perkahwinan paksu saya kat belah kitorang iaitu belah lelaki .. Seronoknyeeeee ... Hoyehh2 bogehh2 . Aku pulak yang eksaited hehehe .

Malamnya saya tido lambat bcoz saya online .. Alih2 kena bangun kul 8 pagi . Ya habibi ya maulana .. Aku setiap hari bangun sepuluh ko tau alih2 kena bangun kul 8 . Nak taknak kena la bangun . Bertolak pada pukul 10 ++ .

dalam bilik kat dewan alamanda


Hahahahahaha . Baju dia yang buat saya eksaited sangat haaaaa . Pastu saya ditugaskan membagi gula2 . Well , orang yang manis ditugaskan untuk membuat kerja yang manislah hahahah .

Macam-macam orang yang saya jumpa bila buat kerja ni . Saya dikumpulankan dengan kak manja n kak sarah . Mula-mula ada satu abang tu dia datang amek kuihmuih lepastu dia nak bawak lari bekas kuih .


Pastu jumpa la jiran-jiran kat area rumah . Pastu semua kata sayang dah besaaaaaar . Ye lah aku asik terperok dalam umah tak penah keluar . Pastu macik jiran kat umah wan dia yo yo ow je excited tengok aku ngan sarah . Kata dah besarr ekk korang pastu gelak-gelak . Kitorang pon gelak ahh sekali . Bile macik tu dah bla , aku tanya ah sarah , eh sape macik tu . 'Ntah' . Hahahah cam bangang . Sarah gelak macam kenal je orang tu hahaha .



But best ahh majlis kahwin ni ... Ada la pakcik caterer botak ni dia duduk sekali kat meja kitorang jaga makanan . Time tu aku salam auntie anis and aku gelak2 pastu bual2 .. pastu bila auntie anis dah blah pakcik botak tu belakon salam2 ngan kawan2 dia tiru aku .. pakcik tu memang sempoiii habiss ahh peramah ahh but cam sengal hahaha .

Masa kompang masuk , pakcik tu cakap2 ngan sarah , sarah gelak yo yo ow macam kelakarlah sangat . pastu pakcik botak tu tunjuk kat aku , pastu sarah kate gelak je gelak je . Aku pun ... ha ... ha ... ha ... Pastu pacik botak tu gelak giler2 ahh . Sedangkan aku n sarah tak dengar pun apa dia cakap .

Pastu jumpa pakcik ali dan juga makcik ali . Memang bestt ahh majlis kahwin ni ..

Pastu kawan2 datang .. yeahh hoyehh2 ... 1 bulan tak jumpee huuu . Yang mengongnya semua orang asik usha abang baju putih . Cam dah kawen jep . Pastu ambik gambar kat padang . Hahahahah gambar lompat yang gempak tu sampai encik photographer iaitu encik nasrul affendy pun join sekali tangkap gambar hehehehe . Makasih ye encik nasrul :D .





to along : cepat la kahwin .. saya dah tak saba nak keco2 camni lagi huehuehue .


Thursday, December 10, 2009

My second photography :)

Assalamualaikum :)

As you know i love designing and that's my hobby . But I do love photography to :) This is my second photography after the first one which is at my kampung , negeri sembilan . The reason i'm posting this post fully in english because i got B in english in my final exam . 70 % . What d fiiiiiiiiiiiiiiiish rite ?

So mind my grammar okay ? T____________________T . My photography this time take place at my house garden . The subject is my cat :)

Her name is Katy :) a.k.a catwoman ? LOL


Katty starring at my watch


Through my window babe ! And this is Cipona . Weird name rite ? She's only came home probaly at noon and evening .


Miawwww ! Spider :)



sunflower

i wanna do bokeh but i don't have dslr :(


giant


atomen







having a date :p

'

my abang




no edit


..............